Piagam Pelanggan Kelab Komputer

1.0       PERLEMBAGAAN KELAB KOMPUTER

 

SMK DATUK PANGLIMA ABDULLAH

P/S 114, SEMPORNA

SEMPORNA SABAH

 

 1.         MATLAMAT

Memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar yang berminat untuk mempelajari bidang ICT secara profesional.

 

2.         OBJEKTIF

 2.1       Membina dan menguasai kemahiran menggunakan ICT didalam perisian multimedia.

2.2       Memupuk minat di dalam bidang ICT

2.3       Menonjolkan daya kreativiti di dalam bidang multimedia

 

3.         AHLI

3.1       Dibuka kepada semua murid di sekolah ini

3.2       Pelajar ICT adalah secara automatiknya menjadi ahli kelab ini

 

4.         GURU PENASIHAT

4.1       Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini

4.2       Guru penasihat mempunyai kuasa untuk merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu

4.3       Guru Penasihat juga mempunyai kuasa untuk melantik AJK Kelab ini apabila difikirkan layak dan sesuai.

 

 

5.         AHLI JAWATANKUASA

 5.1       Dilantik semasa Mesyuarat Agung

5.2       Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat, layak dicalonkan sebagai AJK

5.3       Pemilihan AJK secara undian namun Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak menentukan AJK yang difikirkan layak dan sesuai.

5.4       AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

5.5       AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan kepada Guru Penasihat.

5.6       Ajk Persatuan hendaklah terdiri daripada :

 

KETUA

PEN.KETUA

SETIAUSAHA

BENDAHARI

AJK KECIL

1:

2:

3:

4:

5:

 

5.7       Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

 

6.         DERMA

6.1       Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang ditetapkan.

6.2       Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

6.3       Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut.

 

7.         KEHADIRAN / PENYERTAAN

7.1       Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.

7.2       Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian kelab.

 

8.         AKTIVITI

 

8.1       Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

8.2       Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

 

9.         PERATURAN-PERATURAN

 

9.1       Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas

9.2       Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli

9.3       Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

 

10.       TINDAKAN DISIPLIN

10.1     Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan

10.2     Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:-

10.2.1 Amaran Lisan

10.2.2 Amaran Bertulis

10.2.3 Gantung Keahlian

10.2.4 Pecat Keahlian

10.3     Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian.

10.4     Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat kelab secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad.

 

11.       PINDAAN PERLEMBAGAAN

11.1     Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda

11.2     Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

11.3     Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

11.4     Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklan dipamerkan dan disahkan oleh pengetua.

 

12.       HAL-HAL LAIN

12.1     Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan

12.2     Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat.

12.3     Ahli-ahli yang baru perlu memberi kejasama dan komitmen yang baik kepada ahli lama sepanjang aktiviti yang dijalankan

12.4     Sebarang ketidakpuasan hati bolehlah dibincangkan bersama guru penasihat dan semua ahli yang lain secara terbuka.

 

 

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan / Kelab Sekolah

 

………………………………………………

Pengetua

Cop                                                                       Tarikh :………………..

Advertisements
Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s